Penerbangan Lewat

Aku terima satu pesanan ringkas. Pesanan ringkas yang menyatakan penerbangan aku diawalkan selama 2 jam dari jadual asal. Aku akur.

Aku pun tiba di Lapangan Terbang Kuching, Lebih kurang jam 8 pagi. Flight aku patutnya jam 10.25 pagi. Aku selesai daftar masuk bagasi. Aku masuk menunggu di balai berlepas pintu 6. Aku jeling kat luar, tak nampak lagi bayangan pesawatnya. Jam aku menunjukkan jam 10 dah. 

Delay lagi ni. Bisik aku dalam hati. 

Akhirnya aku nampak pesawat tiba. Kami beratur masuk dalam flight. Tempat duduk aku 15A. 
Mata aku mencari tempat duduk aku. Alih-alih aku nampak seorang mamat ni duduk kat tempat duduk aku. 

"Maaf encik. Encik duduk dekat tempat duduk saya." Aku menyapa

"Eh. Yeke. Tempat duduk saya betul ni" dia menjawab

"Boleh saya tengok boarding pass encik?

"15A!" kata dia sambil tunjukkan boarding pass. Mungkin dia dah sedikit menyampah aku banyak tanya. 

Tapi seat aku pun 15A. Aku pun panggil lah pramugari dalam tu untuk tolong isu aku. Die cakap tunggu kejap dia semak dengan ground crew. Ground crew pun sampai sambil semak seat melalui walkie-talkie dia. 

Rupa-rupanya double seating. Dan bukan aku seorang sahaja yang ada masalah. Ada beberapa penumpang yang lain pun double seating. Double seating maksudnya satu seat tu ada 2 orang. Tak paham lagi? Double seating tu maksudnya masalah teknikal di mana ada dua nama dicetak atas satu seat yang sama. 

Jadi aku tunggu la mereka aturkan tempat duduk dah akhirnya aku dapat seat dekat belakang baris 28A. Aku tak kesah. Aku pergi la simpan beg kat bawah tempat duduk, pasangkan tali keledar sambil tunggu prosedur seterusnya. pramugari masih lagi sibuk mengatur tempat duduk orang lain yang double seating.  

Tak lama lepas tu, co-pilot buat pengumuman. Die cakap sorry sebab flight sedikit tertangguh sebab kelewatan ketibaan pesawat dari destinasi sebelumnya.

Ok. Selalunya lepas pengumuman begini, tak lama lagi flight patutnya berlepas.

Sangkaan aku salah.

Sekali lagi, co-pilot membuat pengumuman semula. Kali ini, menurut beliau terdapat maklumat terkini dari pihak lapangan terbang dimana bagasi penumpang perlu diimbas sekali. Dan proses ini perlu diambil selama sejam. Atau lebih.

Ahh sudah. Sudah dengar penumpang dalam flight masing-masing mengeluh.

Ting-tong! 

Pengumuman ketiga dalam tempoh 10 minit. Kali ini krew penerbangan mengarahkan semua penumpang untuk keluar dari pesawat dan menunggu di balai menunggu. Kami semua diberi pas transit. Sambil keluar tu aku tanya staf yang bertugas berapa lama delay, dorang jawab tak pasti.
Pastu aku tanya lagi boleh tak keluar dari airport? Tak boleh jawab beliau lagi. Dalam hati aku sedikit runsing sebab macam tiba-tiba tak boleh terbang. Tapi aku malas nak fikir banyak, perut pun lapar. Aku pergi rembat ayam goreng kat MarryBrown.

Lebih kurang selepas 2 jam kemudian. Akhirnya kami dibenarkan untuk masuk kembali ke dalam pesawat. Perjalanan seterusnya lancar dan aku tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dengan selamatnya.

Tapi aku masih sedikit musykil dengan kejadian sebelum itu. Malas nak fikir banyak aku endahkan sahaja.

Malam itu, aku nampak berita. Penerbangan ditangguh siang tadi sebab ada seorang askar ni cakap dia ada bawa bom dalam salah satu daripada lima bagasi yang dia daftar masuk. Staf di kaunter check-in tanya dua kali, dia cakap bawa bom. Tapi sebenarnya, dia hanya bergurau.

Tak kelakar wei lawak camni.

Tak kelakar!

Berita di sini


Comments

  1. hi! pasal case double seat awak . ble tak awak terangkan lebih detail, sebab saya nak buat kajian pasal menda ni... sory menyusahkan awak, hope you read my comment. I really need your help about 'double seated' ptoblem.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM

Happy Gawai, Folks.