Posts

Showing posts from June, 2016

Omong-omongan

Dulu sekitar tahun 90-an, ketika aku berumur bawah belasan tahun, aku tak sabar untuk berumur 20-an. Pada masa itu, aku beranggapan usia lingkungan 20-an adalah penuh bahagia, gelak ketawa dan kepingan duit mencukupi. Punyalah aku tak sabar. 
Ok. Sekarang aku sudah disini. Di jangkauan usia yang aku tak sabar untuk sampai suatu ketika dahulu. Rupanya imaginasi aku melebih-lebih. Tidak penuh bahagia, tidak penuh gelak ketawa, apatah lagi wang ringgit, memang tidak pernah mencukupi. 
Aku tiada itu semua. Yang aku ada adalah rambut aku yang kusut dan serabai, bilik aku masih lagi bersepah dan hidup aku serabut. Aku kerja tak habis-habis tapi punya duit tidak banyak. Tanggungjawab makin banyak, aku bebas buat apa sahaja tapi tidak punya masa. Tak macam yang aku bayangkan masa aku kecik-kecik dahulu. 
Kadang-kadang aku rasa hidup aku tidak lengkap dan serba tidak kena. Aku tak pasti apa boleh bagi aku rasa cukup. Aku beli banyak buku tapi aku membaca di satu sudut, rumah yang sunyi dan ser…