Posts

Showing posts from February, 2016

Hectic

Hi.

It had been a very fast moving beginning of the year. Aku rasa macam tak sempat bernafas tapi bila tengok balik banyak gila benda aku buat dalam masa yang singkat ini.

Which was good.

Aku suka hectic begini supaya aku tak sempat nak rasa bosan dan sunyi.

Anyway, aku lately banyak rujuk blog orang berjalan-jalan. Your blogposts and sharing had helped me a lot. Therefore, I was thinking to return the favour, to share my travel experiences to benefit the people out there, if there is any still willing to read my posts.

However, due to change of lifestyle, I rarely have the time to write anymore.

I'll find time. Will be back.

xoxo,

Malden

Jika aku tidak berkahwin.

Aku pandang tepat ke arah mata dia. Mata yang membesarkan aku sejak dari kecil lagi. Terasa sempit ruang pernafasan aku melafazkan soalan itu tadi. Kelihatan dari raut wajahnya sedikit terkesan dek soalan aku. Sedikit berkaca mata dia.
Bagaimana jika aku tidak akan berkahwin seumur hidup?” 
Soalan itu yang aku ajukan tadi. Aku dapat rasa suara aku pecah tatkala soalan itu keluar dari mulut aku.
Dia membuka mulut untuk memulakan bicara. Aku rasakan saat untuk dia mulakan bicara itu sangatlah lama.
Tenang dia berkata,
“My dear, kamu tidak perlu risau. Mungkin ini tertulis untuk kisah hidup kamu. Perancangan Tuhan.” 
Aku menelan air liur, tunduk. Dia teruskan bicara.
“Saya terima apa jua perjalanan hidup kamu. Perancangan Tuhan, itulah yang terbaik. Berdoalah dan bersyukur. Tidak berkahwin tidak bermakna kamu tidak menjalani kehidupan ini dengan baik. Kamu mungkin lebih baik dari semua orang. You are closer to God, more Jesus like, than the rest of us. “
Aku sentap.
Iman rasa nipis. Jiwa…