Posts

Showing posts from January, 2016

Kahwin

Ada berita baik. Dari kawan-kawan aku dari group watsaap kami. Punya lah aku sangat sibuk, bila tengok phone ada berpuluh-puluh mesej. 
The good news are, they're getting hitched! Happy for the girls. This also means I have to travel often back to my hometown. Luckily their weddings are 3 months apart from each other so I can travel and plan my expenses accordingly.
Diorang buat lawak separa kejam juga la bila bertanya  "So, kat kad jemputan nak tulis macam mana ni? Mel sahaja, or Mel and partner? Ko dah ada orang baru tak?" diiringi icon senyum sinis. 
Sejujurnya, kelakar juga lawak diorang ini. 
Pastu aku reply, letak je "Mel & partner" Be optimistic. hahaha 
Who knows, by the time the day comes, I will come with a new partner by my side. 
Nevertheless, with or without a partner, I will still be coming to your weddings, you silly beautiful people! Congratulations and I pray for abundance blessings upon your marriages. 
xoxo, 
Malden

Hobi

Petang hujung minggu. Aku cuba untuk tune kan bunyi gitar. Satu demi satu tali gitar aku petik untuk dapatkan bunyi merdunya kembali. Ada 6 tali. Dari tali yang berdiameter paling kecil ke yang paling besar, satu per satu aku petik teliti. Langsung aku nyanyi lagu baru, ditemani hujan renyai-renyai di luar. Nostalgic gila suasana begini bila tiba petang.
Sambil aku nyanyi, aku teringat perbualan aku dengan seorang mamat yang menegur aku makan seorang, tengah hari tadi. Dia tanya aku ada hobi ke tak?
Aku jawab “Mengumpul stamps”
Die gelak ingat aku main-main sambil jawab. “Bagus hobi awak, dah takde dah orang kumpul setem zaman sekarang ni”
Aku masa itu dah tahu dah mamat tu mesti salah paham. Jadi aku cuba perbetulkan. “Tak, awak, maksud saya, kumpul stamps kat passport. Ala cop imigresen tu. Nak tengok banyak-banyak dalam buku merah saya”
Baru mamat tu paham yang hobi aku jalan-jalan.
Jalan-jalan. Ahh teringat pula dekat komen-komen sumbang bila aku upload gambar di laman sosi…

Jangan Lupa

Aku kembali ke bumi Malaya, tempat aku mengisi periuk nasi aku selepas 15 hari bercuti untuk meluangkan masa dengan keluarga aku dan sahabat yang berada sejauh 3085km dari tempat aku mencari nafkah. Aku kembali ke bumi asing ini. Eh, kejap. Takde lah asing sangat dah pun. Dah dekat 5 tahun aku duduk sini, dah macam-macam tempat aku jelajah. Asing apa benda nya lagi. 
Aku ada satu kelemahan besar. Setiap kali aku nak melangkah tinggal kan rumah tu, sebak bagai nak mati. Memang aku nangis. Aku konon bajet kool pakai cermin mata gelap tu sebab aku bajet nak cover mata aku berkaca-kaca. Memang langkah longlai keluar dari pintu rumah. Kalau dah sampai airport, aku spend masa sekejap dalam tandas sebab nak habiskan sebak kat dada dan nangis dulu. Serius, tak pernah gagal buat aku menangis walaupun aku dah banyak kali tinggalkan rumah. Kawan aku pernah cakap, aku patut buat macam biasa. Macam aku nak keluar rumah pergi pasar beli sayur je, aku akan balik juga, Aku dah cuba, tak jadi pun. Ak…

Paket Kasih

Masa aku tengah menganalisa tahun 2015 aku, memang ada baik buruk, turun naik kisah dia. Aku masa tu ingat nak tulis kisah suka duka aku, tapi macam kurang bergaya. Topik tu biasa sangat. Lepas tu sekilas lalu lalang pulak beberapa kisah yang memalukan dalam hidup aku sekitar 2015.
Aku pernah menonton satu teater musikal yang kelakar gila ditayangkan di Kolumpo. Pada masa yang sama, penaja teater itu sedang mengadakan kempen kesederan tentang HIV dan AIDS. Seiring dengan itu, teater tersebut turut ditaja oleh sebuah syarikat kondom tempatan. Maka, sebelum masuk ke dalam dewan teater, semua pengujung teater diberi 5 bungkusan kondom sebagai door gift. Secara jujurnya, aku tak pernah pegang kondom. Masa tu, aku teruja dan dikuasai kuasa ingin tahu yang tinggi. Paket kondom itu agak unik, warna bungkusan ia menarik bak bungkusan gula-gula Lepas aku belek-belek paket kondom itu, aku masukkan dalam poket kecil beg tangan aku dan lupa tentang kondom dalam beg. Aku terus menonton teater da…

Pura-pura

Berpura-pura suka,
Padahal hati sedang luka,
Berpura-pura suka,
Apakah gerangan, hatimu duka?

Berpura-pura happy,
Tapi hati ini sepi,
Berpura-pura happy,
Luka lara semua tu, letaklah tepi.

Berpura-pura ceria,
Tapi hati ini kurang ria,
Berpura-pura ceria,
Kita mula cerita baru, iya?

Thank you twenty fifteen

Hi.
Happy new year. It is the time most people would reminiscing their best and worst moments of last year dan tanam niat baru. Aku juga bukan berkecuali. Walaupun aku dah timbang baik buruk tahun aku sebelum tiba hari ini. Aku dah review tahun aku, aku akan simpul kan tahun aku masih tahun yang baik. Banyak benda baru aku buat. List aku dah cross juga banyak. The year had thought me so much from facing my stumbling career, convincing my family I need time to return, leaving a toxic relationship and fill up my days with tonnes of activities.
Despite all the ups and downs, I remain strong. The year had thought me never to let myself be the same level as those who treat me undeservingly bad. Remain calm and humble, and walk away from the negativity. If they choose to stay in the whirl of misery, it is still their choice and their choice is very much respected. Mostly importantly, do not leave God behind. Thank you Lord for calling me back.
Anyway, I had browse through my 2015 and my …