Posts

Showing posts from November, 2015

Hilang

Aku tahu,  Kau baru hilang orang yang kau sayang,  Secara tiba-tiba. 
Segala kenangan manis,  Indahnya bersandiwara di dunia sementara,  Sikit demi sedikit,  Secebis kenangan itu hilang di ruangan masa. 
Aku tahu,  Ramai sudah bagitahu kamu,  Ini bukan kiamat,  Ini bukan cerita tamat,  Ini bukan lagi sakit yang teramat. 
Aku tahu, Ramai sudah berbicara sama kamu,  Bunga bukan sekuntum,  Kumbang bukan seekor,  Ikan ada berjuta di laut,  Pasir tak terkira di pantai,  Bintang banyak berkelipan di langit,  Matahari tetap menyinar,  Bulan akan mengambang, 
Aku tahu semua itu, Tapi di sini aku tak mahu,  Memberitahu kamu perkara yang sama seperti mereka. Aku nak beritahu kamu,  Yang apa yang kau rasa sekarang adalah wajar,  Yang kau manusia biasa,  Yang kau perlu merasa perit, pedih di hati itu,  Yang akan mengajar kau erti dan menjadi manusia yang lebih baik.
Hari kau tidak akan bahagia dalam masa terdekat ini, itu pasti.  Aku ada satu lagi kepastian,  Kau pasti akan bahagia, jua.  

Mak

Bila mak kau tanya khabar, jawab lah. 
Bila mak kau sediakan makanan, makanlah. 
Ada orang, 
Tak ada orang nak tanyakan khabar. 
Tak ada makanan. 
Tak ada emak. 




Blessed All Souls Day to the faithfully departed. Forever cherished and remembered.