Posts

Showing posts from October, 2015

Hidup

Kau, 
Hari-hari kau set alarm nak bangun pada hari esoknya. 
Padahal kau tak pasti pun akan melihat lagi tak keesokkan hari. 

Kau, 
Sentiasa merancang untuk masa depan, 
Padahal kau tak pasti pun akan sempat melihat masa depan kau. 

Ini dipanggil harapan. 

Bagaimana untuk terus hidup? 

Kau, 
Bergaul lah dengan golongan yang bukan sebaya dengan kau. 
Berkawanlah dengan orang yang tak bercakap sama bahasa dengan kau. 
Kenallah orang yang bukan dari golongan sosial kau. 

Kau akan mengenali dunia. 
Begini, kau hidup.

Awan

Saat aku sekepul awan yang gebu, 
Di langit biru, 
Kau sayang, kau rindu, 
Malah mahu jadi seperti aku. 

Pabila aku menjadi awan gelap yang sayu, 
Sarat berat dengan air pilu, 
Bertemankan guruh dan petir yang padu, 
Menyambar bumi yang keliru, 
Kau tidak lagi mahu jadi seperti aku. 



Vape dan rokok.

Kami lepak kedai mamak layan perlawanan bola. Kami semua tak minat pasukan bola sepak yang sama. Diorang teman aku tengok bola malam-malam.Yala, aku dah terminate Astro. Tak boleh layan bola di rumah dah. Malam itu pasukan kegemaran aku Liverpool tengah lawan musuh tradisi, Everton.

Separuh masa pertama. Keputusan perlawanan seri 1-1.

Kawan aku mula pasang rokok. Kepul-kepul asap dia.

Sorang lagi hisap vape. Kepul-kepul asap dia, lagi banyak.

Kawan yang hisap rokok tanya kawan yang hisap vape, "kenapa vape bukan rokok? "

Kawan yang hisap vape jawab " Vape tak bahaya. Rokok bahaya"

Kawan yang hisap rokok jawab "Tapi tak feel dho vape. Dah la asap lagi banyak dari rokok."

Kawan yang hisap vape sambung. "Ini bukan asap. Ini wap." sambil hembuskan asap tebal keluar.

Kawan yang hisap rokok mencelah "Aku tetap kekal dengan rokok. Baru rasa ori."

Pertelagahan itu berterusan selama beberapa minit.

...
...
.....
......
........
..........
.....…

Makan

Aku duduk di satu meja. Aku order char keow toew. Itu pun selepas mengunakan bahasa isyarat sebab towkay kedai itu cakap dalam bahasa Cina dengan aku. Masalah biasa aku alami sebab selalu disalah anggap berbangsa Cina. Kali ini aku tak order air kegemaran sebab sedikit kegawatan wang saku. Aku order teh Cina segelas, berharga RM0.60. 
Makanan dah sampai.Chopstick dihulurkan. Aku perah limau nipis ke atas mi, untuk menambah perisa. Memang aku suka keow teow kat kedai ini. Sedap, kuantiti sederhana dan tidak berminyak. Cuma harga sedikit mahal tapi tidak mengapalah asalkan sedap. 
Dah dekat separuh aku makan, suasana di dalam kedai menjadi kecoh. Para pelanggan berlari keluar dari kedai. Aku saspek ada orang bergaduh. Sangkaan aku salah. Aku nampak api melambung tinggi dari gerai yang menjual sizzling mee. Api menjulang sampai ke syiling. 
Aku tergamam. 
Tapi aku masih duduk kat situ. Makan. Sebab dalam otak aku, aku dah bayar makanan ni, rugi ar kalau aku lari. 
Syukur tiada kemalanga…

The Little Girl

I sat at the same spot. I sat alone on a red chair, at a table for four which was neatly covered by plain green table cloth. I ordered my common dish. Seafood tomyum soup, sunny side egg with white rice. My favourite drink, of course, the iced Milo. Also, not forgotten the 'ulam' and sambal belacan.

I took my dinner at the same time watching the news played on TV, which never failed to ache my heart. I choose to ignore what I saw.

While eating my dinner alone, I saw this little girl from the table next to mine. I noticed she's been watching me all the while. I ignored her stare, instead, I continue eating and enjoying my meal.

Not long after that, the girl came over.

"Akak, are you eating alone?"

"Yes, adik." I answered, shortly, with a smile.

"Why are you alone? That's so sad. You can always join my mama and papa over there. They wouldn't mind." pointing to the table where her parents was sitting.


........................................…