Posts

Showing posts from September, 2015

Kad

Pelan spontan yang baru sahaja dipersetujui secara sepakat semalam sudah tiba. Perjalanan dianggarkan sejauh 104.2 kilometer sehala dimulakan. Semalam aku dah isi minyak kereta sampai penuh. Tekanan angin dalam tayar nampak memuaskan. Aku yakin kereta dalam keadaan baik. 
Permanduan separuh perjalanan aku secara suka rela memperlawakan diri untuk pandu dahulu. Balik dari sana nanti, harap-harap ada yang sudi menawarkan diri sendiri untuk bersilih ganti memandu. Sebenarnya tidak la jauh sangat pun. Adalah 1.5 jam memandu. 
Kami sudah melepasi tol yang pertama. Dikenakan sebanyak RM1.20. Tak lama lagi akan sampai tol seterusnya. Aku bayar tol guna kad 'Touch n Go'. Aku yakin aku ada baki yang mencukupi dalam kad. Sampai sahaja di tol kedua, segera aku turunkan cermin sisi. Kad 'Touch n Go' aku sentuh di paparan sentuhan. Tiada baki mahupun sebarang tulisan tertera di paparan skrin. Tiada juga sebarang bunyi bip seperti kebiasaan nya. Aku cuba sekali lagi. 
Gagal. 
Aku cu…

Hair That Stands On Its End

Image
It was another good day at the beach. It was drizzling then the day turned into a heavy downpour.

Looking at the weather condition, the rain doesn't look like it will stop anytime soon. Therefore, my friends and I decided to proceed with our plan, to continue walking to the beach in the rain. After all, we were already soaked. We were also thinking " Hey, when was the last time we played in the rain?" So we thought. 
It was still drizzling and it rain heavily on and off by the time we reached the beach. We walked along the beach, taking silly photos (as usual) and watched other people doing their own things at the beach. 
Not long later, my friends started laughing hysterically looking at me.  I was still trying to figure out why they laughed so hard. So they took a photo of me. I looked at the photo and I started to laugh hysterically at myself too. 
Strands of my loose hair sticking up after the rain stopped. It was ridiculously funny. We all laughed hard. My friends h…

It could have been Heaven

Far too many people,

Choose to follow that flowing river of misery,

Over and over again,

For someone who give them nothing.

And yet,

The one standing in front of their very eyes,

Was neglected.

The One that could have given them heaven.

Berhenti

Image
"Arghh.. marah!"

Aku mendengus sambil menghempas punggung ke kerusi. 
Kalau hidup ini ibarat lukisan komik, boleh nampak lukisan kepulan kemarahan keluar dari telinga dan hidung. 
Stress ball berbentuk hati bercorak bumi yang terletak atas meja, aku genggam. Marah. 
"Stress lagi dengan kerja ni." Bisik aku dalam hati.

Mata menjeling ke arah jam desktop yang terletak di sudut bawah sebelah kanan skrin komputer riba.

Hari ini, lima tahun lepas, hari aku masuk bekerja di sini.

Hasil dari kerja ini aku mampu memiliki sebuah motosikal terpakai, kereta, melangsaikan segala hutang, hantar balik duit ke kampung, pergi melancong, beli rumah dan sebagainya.

Aku bersyukur. Tapi mungkin selepas lima tahun, kita ingin perubahan.

Perspektif yang baru. 
Mata menjeling melihat satu dokumen yang di save kan di desktop komputer. 
Dah lama dah dokumen tu ada kat situ. 
Dokumen tu di save kan atas nama "LETTER OF RESIGNATION" 
Aku kemaskini. Tarikh ditukar ke tarikh hari ini…

KeK

"Nak? Ambik lah. Makan lah satu" pelawa housemate aku. 3 potong kek coklat diletaknya atas meja.

"Thanks. Tapi kenyang" Jawab aku sombong padahal mahu.

Mata terus ke TV. Minggu ini Astro bagi semua channel free.

Kita orang dah hentikan hobi tengok wayang buat sementara waktu sebaliknya melayan movie free hasil pemberian Astro yang bermurah hati. Kalau la Astro bagi free sentiasa kan bagus.

Hari ini cerita "The Amazing Spiderman". Dah tengok dah kat wayang hari tu. Tetap juga menarik. Lebih lebih lagi watak spiderman kali ini lebih comel dari Tobey Macguire yang melakon watak spiderman sebelum ini.

Ahh siapakah nama pelakon lelaki ini. Lupa pulak. Kejap. Aku tanya housemate aku.

Oh. Housemate aku jawab nama lelaki ini Andrew Garfield.

Berbalik kepada 3 potong kek tadi. Mata aku menjeling ke arah pinggan kek housemate aku letakkan tadi di atas meja.

Tangan aku senyap-senyap menjalar ke arah pinggan berisi 3 potong kek tadi.

Spiderman buat lawak mengenakan …

Impian

Beberapa tahun yang lalu, tak la lama sangat, kalau tak silap sekitar tahun 2013.

Masa itu aku menanam cita-cita untuk buat banyak benda. 
Aku capai sekeping kertas kosong. Aku capai sebatang pen. Buat senarai. 
Tulis punya tulis. 
Ada 50 perkara aku nak buat. 
Tahun demi tahun berlalu. 
22/50 perkara sudah berjaya dilakukan. 
Syukur. 
Hey, semua nya bermula dari impian dan cita-cita, kan?

Halimunan

"Hi awak.."

Dia terus berlalu pergi. Seperti biasa.

Termasuk hari ini, ini dah kali ke 723 kali aku cuba nak tegur dia.

Aku terus mendengus hampa. Sampai bila aku nak tunggu dia sedar kewujudan aku ni?

Aku jalan tunduk. Berjalan berlawanan arah dari kebanyakkan orang.

Orang disekeliling kelihatan sibuk. Ramai jalan berkepit dengan pasangan masing-masing.

Ada yang sibuk tunduk merenung telefon pintar. Ada yang sibuk berjalan sambil bercakap dalam telefon dengan lantang. Membingitkan telinga orang lain di situ.

Aku nampak dia lagi.

Jangut nipis di dagu. Kaca mata nampak macam lain hari ini. Mungkin kaca mata yang baru. Baju petak-petak kemas, Berseluar jeans lusuh. Membaca buku di bangku.

"Hi awak" aku cuba menegur sekali lagi.

Tidak diendah. Seperti biasa.

Ini kali ke 724. Aku dah agak tak akan dapat respons dari kau. Aku akan cuba lagi untuk kali yang ke 725.
.
.
.
.
.
Aku tak suka power aku ni.

Aku tak suka jadi halimunan.