Posts

Showing posts from June, 2015

Pekerjaan

Banyak kali dah kita rasa nak berhenti kerja.
Kadang-kala tak terkata tekanan nya. 
Dan bila tiba saat nya kita mula meragui keupayan diri, pasti ada insan yang mengingatkan kita.
Yang kita boleh. Yang bila dilihat sedikit kebelakang, ada banyaknya kejayaan hasil usaha kita.
Yang ramai insan mencemburui pekerjaan kita. 
Yang ramai insan mengkagumi kebolehan kita, ingin menjadi seperti kita. 
Yang rupanya kita adalah idola mereka.
Cuma ada kadangnya kita lupa. 
Kita lupa untuk,
Bersyukur.

Pekerjaan

Ting Tong.. 
Pelik. Jarang ada orang cari malam-malam buta begini. 
Aku jenguk ke luar melalui tingkap. Ada seorang budak lelaki. 
Aku buka pintu sedikit takut. Sebab tak pasti tu budak betul, ke, hantu. 
Pintu dibuka. Tapi aku taknak buka grill. Banyak sangat kes buat aku tak percaya kat orang ni. 
"Selamat petang, akak. Saya student SMK Sri Alam, Saya datang nak buat survey"
Survey apa ke benda nya memalam buta begini. 
"Saya tengah buat kajian geografi. Saya buat survey tentang pekerjaan penduduk di kawasan ini" 
Aku ambil borang survey. 
Ini lah peluang aku nak mencapai cita-cita aku selama ini. 
Dekat borang survey itu. Ada ruang untuk tulis pekerjaan. 
Aku tulis pekerjaan aku juruterbang. 
Penipu.

Mengutip Kebahagian

Belek-belek paparan berita facebook di telefon bimbit.

"Gempa bumi di Gunung Kinabalu disebabkan warga asing berbogel di puncak gunung."
"Pemenang pingat emas dikecam sebab berpakaian mendedahkan lurah kemaluan."
"Dipping sauce Texas Fried Chicken agenda sulit untuk menyesatkan akidah." 
-_- /"
.......
.................
.......................
*Beeps beeps. Mesej masuk. Buka mesej. 
"Got my flowers?" 
Bunga? Leka dek berita sensasi yang merosakkan minda tak perasan ada bunga atas meja. 
"Thanks :) What do these flowers means?" 
"Go google 3 roses" 
Googled. 
Awww manis nya kamu. Manis sampai rasa nak jadi diabetes. 
Jiwang.