Jiran sebelah rumah

Tanpa saya sedari, hari ini sudah genap sebulan saya bekerja. hoho

Bila saya mula pindah masuk rumah sewa, saya dapati jiran sebelah skodeng-skodeng saya. Fine. Besa la excited kan tengok orang pindah-pindah rumah.

Lepas tu, saya beli sedikit perabot. Si jiran sebelah rumah keluar berdiri dekat gate. saya tidak tahu berapa umur beliau tapi saya rasa dia budak lagi. Mungkin belasan tahun. Jantina dia perempuan. Rambut pendek.

Encik tuan kedai punggah barang dari lori, sepanjang itu juga la dia berdiri situ tengok. Ok. Saya biar sahaja.

Lepas itu, hari-hari kalau saya balik rumah ke, keluar dari rumah ke, mesti dia ada dekat luar. Saya sudah buat eksperimen, setiap kali housemate saya start enjin motosikal, cepat-cepat saya tengok tingkap or pintu rumah sebelah, mesti dia sudah ada dekat situ. Hipotesis "apabila enjin moto di start, jiran sebelah rumah mesti ada dipintu atau tingkap" dibuktikan benar. Lepas ni saya nak buat graph tempoh dia merenung rumah sewa saya plak. haha

Sekarang bukan setakat enjin moto stat dia berada di tingkap, kali ini setiap kali lampu luar rumah dibuka pada waktu malam, mesti dia jenguk. Dan setiap kali pintu pagar rumah di buka( kadang-kadang saya keluar buang sampah ke, jemur baju ke) mesti dia ada jugak kat tingkap! Sepanjang bulan ini saya monitor, setiap kali balik rumah time lunch break mesti dia skodeng. Lepas tu time keluar dari rumah, masuk kerja balik pun dia jenguk lagi. Lepas tu petang-petang time abis kerja mesti dia skodeng jugak. Begitu juga kalau saya dan housemate keluar g mana-mana ka, mesti dia jenguk.

Tapi hari ini agak tak boleh blah. Kita orang pagi-pagi g keja keluar awal. Seawal jam 6 pagi. (ye, saya bangun awal, ok.) Sebelum ini, rumah sebelah mesti gelap lagi pagi-pagi. Saya assume budak hobi skodeng tu takde la bangun awal-awal pagi kot. Tapi pagi ini, lepas bukak lampu luar dan start moto, tengok lampu sebelah rumah terpasang, dan tadaa!!..budak itu ada kat tingkap. Siap suluh-suluh dengan lampu picit.

Korang ada tengok cerita Disturbia? Skodeng jiran hot sebelah rumah.


Ke bos saya yang upah budak tu suruh monitor pergerakan saya?


Comments

  1. Saya rasa jawapan kepada soalan terakhir tu 'Ya' sebab itu sahaja alasan terbaik nak jelaskan sifat jiran anda yang tidak dapat dijelaskan itu.

    ReplyDelete
  2. yes!!!berjaya buat mel perasan hot!!..*tq kiah, tlg skodengkan, t aku byr upah pakai pos..xpun mintak ja kat si hot nie~..ok?!!

    ReplyDelete
  3. seriously, ur jiran is starting to annoy me too. lain kali, bg ko tanya nya, ya adik... anda mau apa? if i'm there now, aku mmg akan tanya apa nya maok

    ReplyDelete
  4. aku sokong itu jeans lusuh! akan ku tnya, "what's d matter, bebeh??" better ko tanya jiran ko ya xpun parents nya ka..apahal..cuz ko xtau nya ada masalah otak ka apa. not dat aku pdhnya skt mental la cuz jiran aku jns kdk tok la..suka tengok2 org dan ekcelinya golongan OKU.. aku berdasarkan pengalaman jak la. better ko p tnya jiran ko lok cuz smpe bila ko mok rasa terganggu tnpa sebab???

    ReplyDelete
  5. Maureen : ya ada juak story that make me feel like its my boss punya kerja.aha

    Lunarwolf : Perasan in writing je. haha. oo..name die kiah erk

    Claire n step : annoying tahap dewa siot. Ada ku tanyak, dah ilang sabar dah aku especially part suluh2 lampu. Nya polah bodo tahap siput babi sikda perasaan. N nya polah gyk. aku assume nya sik normal. mun org normal mok skodeng pun biar tilik celah2 jendela. tok nang open2 as if sengaja mok tunjuk dirinya skodeng orang..entah la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Oh kad ATM

Happy Gawai, Folks.