Saya tak mau post di FB sebab.....


Saya tidak ingat dah la bila FB muka bermuka baru. Tak silap, during end of last year. Dah saya mula tengok status orang ramai di facebook cakap ada profile baru. Saya dah la malas nak tukar-tukar wajah. Tak kecoh pun. Tak lama lepas tu, kecoh lagi sebab ramai tak suka layout baru tersebut. Saya bukan nak kecoh pasal layout baru ka, facebook nak tutup ka, harga petrol dan bawang merah naik ka, saya peduli apa. Tapi stil nak bercakap pasal facebook la.

Saya, bila buka facebook, dulu-dulu rajin nak cek status updates orang ramai. Tu ja kot saya rasa nak tengok. Tapi sejak hujung tahun lepas, button "Status updates" yang selalu ada di bahagian sebelah kiri sudah tak ada. Tak tau lari mana button tu. Saya korek-korek tak jumpa juga. Biar lah..tak penting..

Dulu kat situ la kedudukan "status updates". Tengok sekarang sudah tiada di sana. Jadi "recently updated" saja yang ada. Bila tekan recently updated, keluar pula pasal mereka-mereka yang baru sahaja tukar profile picture. Ala, saya tak layan profile picture baru..Sejak saya tak jumpa butang itu, saya selalu layan update kawan-kawan yang muncul di homepage sahaja. Mostly yang muncul di sini, mereka-mereka yang selalu updates status, tapi tidak semua muncul.

Baru tadi saya jumpa di mana kedudukan butang yang saya minat selama ini di FB.

Rupa nya beliau sudah lari sebelah kanan page.

Ok, fine. Gelak la puas-puas saya baru jumpa. Saya tak mau post di FB sebab ingin mengelak penghinaan dari rakan-rakan, sahabat handai, kaum kerabat, sanak saudara, kurang matang yang akan mengejek dan jadikan saya stok untuk diketawakan. (hahaha.. join gelakkan diri sendiri senyap-senyap) Seperti mana sebelum ini saya baru tahu macam mana nak buat simbol < 3 (eh, tidak jadi pula simbol tu di sini). Weh, mana saya tau buat simbol-simbol gitu. Bagi saya, simbol itu sangat sacred. Mana saya nak sepah simbol tu tabur merata-rata tempat. Saya cuma bagi kat orang yang deserve it most. Chewah..haha. Sapa penah dapat dari saya tu beruntunglah.
Ada satu lagi perkara sejak ujung tahu lepas. Bila saya dah semangat taip panjang lebar, bila tekan butang "share", keluar pula.... Bila tekan 'OK'. Dia pergi pulak blank page. Tahi. Refresh, segala benda yang ditaip panjang lebar tadi pulak hilang. Argh..hilang mood mahu share. Batalkan niat terus. Tak pasti ni masalah dari laptop saya(adik) or facebook sendiri. Agak bengong di situ.

Comments

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM