Hati-hati semasa musim sejuk, anda mungkin jadi mangsa makhluk bernafsu buas.

Musim sejuk buat saya jadi lembab. (err..bukan memang ke). Segala gala benda jadi malas. Malas nak bangun, malas nak bukak mata, malas nak mandi.. Makan ja rajin, sebab time musim-musim sejuk begini, laju betol rasa lapar. Walaupun baru ja lepas makan. Mungkin banyak lemak-lemak dibakar dengan cepat untuk menghasilkan haba dan kesannya berasa lapar dengan cepat.

So, tersebut la kisah saya yang sedang bermalas-malasan, bergolek-golek di atas katil di waktu tengah hari yang mendung-mendung saja. Membuat posisi udang sambil bergulung dalam selimut macam sushi. Suasana memang sangat condusive untuk hibernate.

Bila sudah tidor, tidak tahu lah bagaimana rupa semasa sedang menidurkan diri. Segala selimut dan bantal boleh teralih posisi dengan dahsyat. Tiba-tiba terasa ada sesuatu sedang bergerak-gerak di celah kangkang. Mata berat sungguh untuk dibuka, tapi apa kan daya, terasa ada benda bergerak-gerak di tempat tak sepatutnya itu agak menjengkelkan.

Setelah membuka mata, alangkah terkejutnya saya mendapati terdapat makhluk berbulu berada bersama-sama saya di atas katil. Baru teringat tadi tidur tidak tutup pintu. Kan sudah mengundang kedatangan makhluk berbulu itu. Padan muka tidak mengambil langkah pencegahan awal walaupun sudah sedia maklum. Oh, tidak. Janganlah makhluk itu mengganggu kesucian saya...

"Oi.pusak! Keluar!"

Jerit saya menegur pusak sambil menghalau pusak keluar dari bilik kerana menggangu tidur siang yang enak.


Pengetahuan umum : Tiada basahan mahupun keghairahan berlaku semasa terdapat tindakbalas dengan makhluk berbulu itu sepanjang mahkluk tersebut berada di kawasan yang tidak sepatutnya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM