Eksperimen bosan

Tajuk : Semua rumah serve kek lapis masa krismas.

Objektif : Mengkaji sama ada setiap rumah akan hidang kek lapis ataupun tidak masa Krismas.

Hipotesis : Semakin banyak rumah di ngabang, semakin ramai kek lapis dalam perut.

Inferens : Kebanyakan rumah pasti akan hidang kek lapis.

Prosedur :

1. Berdiri di hadapan pintu rumah kawan-kawan.

2. Sekiranya kawan tidak-tidak lagi muncul, jerit kuat-kuat sampai dorang keluar. Jika tahu nombor, call. Jika kawan letak telefon dalam bilik dan tak jawab-jawab, call rumah dia cakap sudah depan pintu.

3. Setelah dijemput masuk, pastikan salam dan ucap "Merry Krismas".

4. Salam semua yang ada di kawasan sekeliling, mak bapak, adik beradek mereka, sanak saudara, kucing, ayam, ikan dalam aquarium pun boley. Tapi tidak perlu berlari keluar dan salam dengan jiran sebelah rumah. Itu sudah di luar batasan.

5. Duduk dengan sopannya bila dipersilakan duduk. Jaga kelakuan ketika ini, sebab first impression itu penting. Mana tahu tuan rumah ada abang mahupun adik lelaki yang hensem.

6. Melahap dengan rakusnya segala makanan yang ada setelah diberi signal oleh tuan rumah.
Sila fokus kepada tajuk eksperimen anda. Tangkap gamba-gamba yang berkenaan.

Keputusan :



Perbincangan :

1. Kek yang sedap mempengaruhi konsentrasi terhadap eksperimen. Terdapat rumah-rumah yang lupa nak tangkap gambar sebab busy melahap.

2. Tidak semua rumah serve kek lapis. Segelintir rasa moden dengan kuih sumpit.
Tidak tahu kuih sumpit? Google. Saya pun tidak pasti itu nama yang betul atau tidak.

3. Kek pelbagai lapisan yang banyak mungkin menyebabkan loya.

4. Terdapat kebarangkalian kek-kek di setiap rumah dibeli dari kedai yang sama.

5. Tabik mereka-mereka yang ada masa nak buat kek lapis, sebab saya tahu buat kek lapis sangat lama. Sungguh rajin kamu.

Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Isi perut berkadar langsung dengan rumah yang di ngabang. Tidak semua rumah serve kek lapis masa krismas.

Rujukan:

* Rumah-rumah yang berjaya di ngabang. Maaf, mana-mana rumah yang tidak terdaya sudah mahu di serbu, serta mereka-mereka yang gagal mengunjungi rumah saya sebab saya pun tengah ngegeh-ngegeh berada di rumah orang lain. Tidak lupa juga mereka yang sesat mencari rumah rakan-rakan.

Comments

  1. Tiba2 rasa mau nanges tgok kek lapis..kempun an an an..T_T

    ReplyDelete
  2. eyka! sorry weh xdpt bw balik kek tu utk ko...hehe (read : padan muka) err, tu pic last kueh kat umah aku, diharap kamu tenung sampai kenyang! hehehehe

    melot...fulamak! laporan lab dia sdah keluar!!! knapa xda abstract?? pembolehubah dimanipulasikan? dimalarkan?? berkadar lgsung?? mana tu semua??!!

    ReplyDelete
  3. "Tidak lupa juga mereka yang sesat mencari rumah rakan-rakan."

    xda button LIKE ka sini????

    ReplyDelete
  4. aok lah. lupak sudah. pasal pembolehubah.haha

    sila lah like sesuka hati anda.

    Gney owh ku mok tag mary untuk cgek statement diatas? haha

    ReplyDelete
  5. 2. Sekiranya kawan tidak-tidak lagi muncul, jerit kuat-kuat sampai dorang keluar. Jika tahu nombor, call. Jika kawan letak telefon dalam bilik dan tak jawab-jawab, call rumah dia cakap sudah depan pintu.

    ada kaitan ngn mary!! haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM