Posts

Showing posts from January, 2011

5 benda yang menjengkelkan pasal manusia.

1. Orang yang rasa diri best dan rasa bagus.

Manusia sebegini rasa diri perfect. Suka suki dia ja komen-komen orang macam dia bagus sangat. Tau lah dia cantik ka hensem ka, but you have no right kutuk-kutuk orang lain muka macam bontot bas, mahu pun macam kuda laut. Tak suka pun, diam-diam sudah. Kalau rasa nak kutuk pun, kutuk kejap. Dont keep bragging about it on and on and on. Saya rasa menyampah and that makes me imagine you pulak macam bontot bas.

2. Manusia yang tidak tahu orang sudah invent deodorant.

Adoi. Tak tahan weh saya. Perlu kah saya bawa tangki bantuan pernapasan bersama? Bau 5 kilometer jauh pun saya sudah sesak napas. Aroma makin dekat last-last rasa mahu pengsan selama 3 bulan. Setiap kali saya encounter orang sebegini, terhidu sket, terus saya tahan napas. Apakan daya saya cuma mampu menahan napas selama beberapa saat. Terpaksa menahan bau-bau yang sungguh tidak menyenangkan itu. Imagine kamu dalam bilik aircond dengan orang sebegini, mak aih, dia dah blah pun saki ba…

Who Melts Me?

Golongan manakah yang mampu mencairkan saya?

1. Footballer

2. Male Dancer


1. Jika kamu bermain bola, tidak kesah lah kamu bermain posisi mana. Baik penyerang, defender, atau pun midfielder. Goalkeeper pun tak apa. Tapi satu ja yang akan mencuri pandangan saya, kamu skillful. Jika kamu seorang forward, atau lebih syok lagi dipanggil striker, jika kamu pandai buat finishing yang cantik-cantik dan banyak menjaringkan gol, nescaya saya mungkin TERjatuh hati. Jika kamu main posisi tengah, kamu pandai cross bola cantik-cantik, seorang playmaker dan pandai create goal chances, nescaya sekali lagi saya akan TERJatuh hati. Jika kamu seorang defender, kamu block goal attempts dari pihak lawan, mengagalkan dan mematahkan serangan,rembatan dan segala cubaan gol dari team lawan, pasti saya kagum dan TERjatuh hati lagi. Jika kamu seorang goalkeeper, kamu save banyak goal, mesti sangat terer, sudah tentu saya TERjatuh hati lagi. Pendek kata, saya TERjatuh hati setiap kali sama orang yang terer main bol…

Another SMS I least favor to receive

*beep beep...

1 text message receive

"This month of January is very special.There are 5 Mondays, 5 Saturdays and 5 Sundays in only one month. This only happens every 823 years. It is called the "money bags". Forward this message to 8 good persons and, as per Feng Shui principles, money will flow. Those who stop the chain will get nothing."

Ahh..nonsense. Not that i do not appreciate niat baik si sender yang ingin spread this good thing to me, selain consider saya sebagai salah seorang dari 8 good persons he/she has (ok..so this prove im a good person kan?)..but seriously, i dont feel like i want to spread it foward. The above is an example of chain SMS, there's a lot more similar SMS out there. Especially yang suruh hantar kat beberapa orang, suruh doa-doa certain prayers, jika buat dapat benda bagus, jika tidak benda tak baik akan menimpa kamu atau orang terdekat. Maybe some may sound scary, tapi, saya tak percaya.If it involve some kind of prayers, i'll tak…

Rejoice, for i have return!

Ok. Fine. Tajuk macam TERover. Saya mungkin mendiamkan diri lagi. Berapa lama saya hilang? Seminggu kot. Tu pun tak tahan nak blog sebenarnya. Hari first cakap tak nak online, siap malam tu dah mimpi-mimpi tak online dah (gila weh, siap mimpi-mimpi, macam drug addict gian dadah dah). Facebook boleh gi nak diam, kurang best dah, melainkan saya nak main mapia. Kalau nak delete pun lepas ni, rasa nya boleh ja nak let go. Blog macam susah sikit, sebab hari-hari ada saja benda bodoh saya terpikir nak tulis. Tapi untuk seminggu yang dah berlalu segala idea ntah mana saya letak. Tak mau blog punya pasal, tapi sekarang obvious saya tewas sudah kan dengan munculnya entri ini.

Pertama sekali, i wanna write, because my blog is where i place my stupidity, expressing my nonsense thoughts. Second of all,i know you miss my blog. I have several readers who occasionally read my post. They rarely leaves their comments here, but they commented on my writing face-to-face. Itu lagi scary okay, depan-depan …

Mahu meninggalkan alam maya.

Stalking is back!

Saya rasa mahu berehat, saya cuba tidak mahu mengupdatekan diri, me'log in' kan diri dalam mana-mana laman sosial. Truthly, that is where my info leaks. Let me be away from the crazyness of the net, put me away from my fear. Maybe it is time, to meet real people, and make real friends.

Im off, from now on. I dont know when i'll be back. Maybe sooner. But the longer im away, the better. Miss me, or miss me not while im gone, I dont care.

True friends, you know where to find me.

good bye.

-Malden-

Saya tak mau post di FB sebab.....

Image
Saya tidak ingat dah la bila FB muka bermuka baru. Tak silap, during end of last year. Dah saya mula tengok status orang ramai di facebook cakap ada profile baru. Saya dah la malas nak tukar-tukar wajah. Tak kecoh pun. Tak lama lepas tu, kecoh lagi sebab ramai tak suka layout baru tersebut. Saya bukan nak kecoh pasal layout baru ka, facebook nak tutup ka, harga petrol dan bawang merah naik ka, saya peduli apa. Tapi stil nak bercakap pasal facebook la.

Saya, bila buka facebook, dulu-dulu rajin nak cek status updates orang ramai. Tu ja kot saya rasa nak tengok. Tapi sejak hujung tahun lepas, button "Status updates" yang selalu ada di bahagian sebelah kiri sudah tak ada. Tak tau lari mana button tu. Saya korek-korek tak jumpa juga. Biar lah..tak penting..

Dulu kat situ la kedudukan "status updates". Tengok sekarang sudah tiada di sana. Jadi "recently updated" saja yang ada. Bila tekan recently updated, keluar pula pasal mereka-mereka yang baru sahaja tukar p…

Hati-hati semasa musim sejuk, anda mungkin jadi mangsa makhluk bernafsu buas.

Musim sejuk buat saya jadi lembab. (err..bukan memang ke). Segala gala benda jadi malas. Malas nak bangun, malas nak bukak mata, malas nak mandi.. Makan ja rajin, sebab time musim-musim sejuk begini, laju betol rasa lapar. Walaupun baru ja lepas makan. Mungkin banyak lemak-lemak dibakar dengan cepat untuk menghasilkan haba dan kesannya berasa lapar dengan cepat.

So, tersebut la kisah saya yang sedang bermalas-malasan, bergolek-golek di atas katil di waktu tengah hari yang mendung-mendung saja. Membuat posisi udang sambil bergulung dalam selimut macam sushi. Suasana memang sangat condusive untuk hibernate.

Bila sudah tidor, tidak tahu lah bagaimana rupa semasa sedang menidurkan diri. Segala selimut dan bantal boleh teralih posisi dengan dahsyat. Tiba-tiba terasa ada sesuatu sedang bergerak-gerak di celah kangkang. Mata berat sungguh untuk dibuka, tapi apa kan daya, terasa ada benda bergerak-gerak di tempat tak sepatutnya itu agak menjengkelkan.

Setelah membuka mata, alangkah terkejutnya s…

Berita Banjir

Bau - Hujan lebat sejak malam semalam menyebabkan paras air naik membanjiri kawasan-kawasan rendah di sekitar daerah ini. Dijangka hujan akan berterusan dan berdasarkan rekod, kemungkinan besar paras air akan naik lagi. Sang mentari langsung tidak muncul, mungkin beliau hibernate. Ramai pekerja tidak dapat meneruskan perjalanan ke pejabat dan terpaksa berpatah balik kerana jalan sudah ditenggelami air. Traffic jam pun teruk.

Sementara itu, sekolah pun sudah ditutup. Salah seorang pelajar yang ditemui, Ursula (bukan nama sebenar) mengatakan pengetua membuat keputusan membenarkan semua pelajar pulang ke rumah sebab paras air sudah naik. "Sia-sia saja saya bangun awal, pergi sekolah belajar 2 period ja terus habis. Padang sekolah sudah macam lautan,kejap lagi mesti masuk sudah dalam kelas."

Seorang lagi mangsa banjir, Mel Malden, ditemui berkata beliau tidak kesah banjir, cuma kesian kepada rumah-rumah mereka yang terjejas. "Hujan lebat, tengok astro pun tak dapat. Dapat ten…

Lagi SMS sialan

+60175052894

Hi Member, Ina asyik main rakam sendiri untuk kawan.
Bosan? Nak berkawan rapat sila tulis
ON DJ dan sms ke 33001
& dapat rakaman Ina. Hebohkan!
kawanfun : 0174032541


Cilakak!

*maaf. aku selalu geram bila dapat mesej macam ni. haha

Kosong

....Merenung benda bulat di dinding..

Benda bulat buat aku teringat dekat benda sfera yang selalu bermain di kaki.

Sudah lama tidak hayun kaki, rasa gian.

Mungkin mahu berlari.

Berlari laju laju sampai tiba di tempat baru.

Mahu jumpa mangkin.

Kembali tenung benda bulat di dinding.

Dua jarum, pendek dan panjang sedang diam.

Satu lagi jarum, yang paling panjang sedang bergerak laju.

"Woi, kamu! Boleh tak berhenti kejap! Masa berlalu cepat sangat!"

Eksperimen bosan

Image
Tajuk : Semua rumah serve kek lapis masa krismas.

Objektif : Mengkaji sama ada setiap rumah akan hidang kek lapis ataupun tidak masa Krismas.

Hipotesis : Semakin banyak rumah di ngabang, semakin ramai kek lapis dalam perut.

Inferens : Kebanyakan rumah pasti akan hidang kek lapis.

Prosedur :

1. Berdiri di hadapan pintu rumah kawan-kawan.

2. Sekiranya kawan tidak-tidak lagi muncul, jerit kuat-kuat sampai dorang keluar. Jika tahu nombor, call. Jika kawan letak telefon dalam bilik dan tak jawab-jawab, call rumah dia cakap sudah depan pintu.

3. Setelah dijemput masuk, pastikan salam dan ucap "Merry Krismas".

4. Salam semua yang ada di kawasan sekeliling, mak bapak, adik beradek mereka, sanak saudara, kucing, ayam, ikan dalam aquarium pun boley. Tapi tidak perlu berlari keluar dan salam dengan jiran sebelah rumah. Itu sudah di luar batasan.

5. Duduk dengan sopannya bila dipersilakan duduk. Jaga kelakuan ketika ini, sebab first impression itu penting. Mana tahu tuan rumah ada abang mahupun …