Saya Nak Tunggang Kuda

Semalam belek The Star, berita kat situ cakap Equestrian squad negara berjaya merangkul pingat gangsa kat Asian Games. Equestrian? Macam tiada dalam hardisk saya pulak perkataan ni. Baca punya baca, rupa-rupanya pasal orang tunggang kuda. oh, baiklah. Wah. Kuda. Menarik. Terus terpikir pasal kuda.


Haa. ini lah muka mereka yang menang pingat gangsa tu. Untuk berita lanjut tekan lah sini.
Bergaya pulak kan baju dorang. Haish. Smart pulak. Gambar ini menyebabkan saya teringat cita-cita saya masa dahulu kala.



Cita-cita 1

Saya nak jadi magician. ha.gelak la,gelak la kamu. Cuba kamu tengok gamba diatas. Diorang ada ala-ala magician tak? haha. Sila jangan samakan ahli silap mata dengan pawang, bomoh, mahupun witch ala-ala Harry Potter mahupun Merlin. Saya cuma nak tau magic tricks simple yang cukup nak buat orang kagum. Apakan daya, saya cuma tau several card tricks hampeh.haha. tapi itu pun cukup buat orang kagum seketika. Agak-agak, Sekolah mana ada tawar course Magic 101?

Cita-cita 2

Saya nak tunggang kuda. Secara spesifiknya, kuda putih. Jangan tanya kenapa. Bagi saya sangat cool tunggang kuda. Kuda putih pula nampak lagi comel dari kuda hitam. Saya tau, nak main-main kuda ni sangat mahal. Apatah lagi kos nak bela seekor kuda. Nak cari rumput nak bagi dia makan lagi. Dulu kecik-kecik time cuti sekolah mesti ada cerita Riang Ria Disney. Mesti ada cerita budak rambut blonde bela pony. Owh sungguh jeles. Mula lah saya berimaginasi dialog dengan nenek saya jika saya menyuarakan keinginan saya ingin memiliki seekor kuda.

"Nek, saya nak bela seekor kuda boleh?"

" Baik ko bela itik, ka ayam. Boleh gak makan. Kuda nak buat apa..Dah lah nak maintain lagi susah kot dari bela ayam. Lagi satu,nak kena buat bangsal kuda lagi. Nak cari rumput kering lagi kat mana? Dah tu kalau tunggang, silap-silap gaya terjatuh dari kuda tu, mesti sakit dia bukan sebarang sakit. Paling-paling hilang gigi, tak pun patang tulang. Kalau patah pinggang, lumpuh. kalau tak lumpuh, mati......."

dan saya terus berimaginasi nenek membebel sampai saya batalkan niat nak bela kuda...

Maaf, cita-cita saya agak di luar kawalan.

Comments

  1. ..TENSEN BETUII AKU KALU CUCU AKU LAGU NIE~..tercapslock plak..

    ReplyDelete
  2. mende ko merapu ni lunar wolf. terlebey lemak kot. xpe. sy paham. ala, saya kan cucu yg baik. kan dah tolong cuci pinggan.haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM

Happy Gawai, Folks.