Plan kantoi, friendly bola dan encik polis.

Today was fulfilling.. Macam-macam pula program dalam otak. Pagi-pagi bangun tengok henfon ada mesej dari kawan. Jam 6++ am. Gila awal dia text.
"Mel, hari ini ada frenly, aku lupa bagitau, cam besa aku ambik kau kat umah, pukul 3.3opm".
Yah..aku ingat aku free hari ini, sudah la ada plan nak celebret belated birthday kawan. haish..takpa. Nanti set balik. Aku g sembahyang dulu.

Pas aku g church, text pulak member yang nak g celebret cakap aku kena blah awal, tak dapat lepak lama-lama nanti, sebab nak g frenly game. Disebabkan itu, plan terpaksa di alter. Sekali si menyambut birthday yang nak dicelebrate hantar text " I smell something fishy". Yah..kantoi pulak. haha. ngek. apa-apa pun berjaya juga celebet birthday beliau yang sudah lama di plan walaupun beliau berjaya kantoikan kitaorang sebelum kitaorang kantoikan dia. Failed!

Terus ke cerita saya pegi frenly, my fren drop me at the field. Pastu diorang blah. Hari ni siyes penat main. Padang cantik dan besar. Penat weh lari-lari situ selama 30 minit setiap separuh masa. Kalah pulak frenly tu 1-0 . Saya dah pancit. ehe..Komen saya bermain. Tak bagus. Semput kek birthday kawan tadi banyak lagi dalam perut.tak larat. hahaha

Nak balik, request kawan tolong hantarkan naik motosikal. Dah lama tak naik motosikal. Selalu dulu rempit dengan encek Dayah. Saja nak lepaskan rindu. haha.Cepat-cepat nak balik sebab hari nak gelap. Rempit punya rempit, hujan renyai-renyai pulak. Sejuk..kebas pulak kaki, dah la lepas main rasa cramp-cramp sket. Pastu ada pulak roadblok, encik polis sebok pulak nak tahan. Nak tak nak kena berhenti. Naseb baik pulak muka en polis boleh tahan. Tapi tak nampak pulak nak jeling nama beliau, sebab beliau pakai vest. Rakan dia pulak sempat tengok, nama Salehudin. Haish..sebok pulak nak tau nama. Pastu kitaorang nak blah, baru nak ke motor kawan, sempat pulak en polis ni berdialog " Kawan ni apsal, sakit kaki ka?" Saya senyum ja, penat, malas nak cakap banyak. Kawan pun stat motor pastu blah laju-laju.haha. Ala en.polis ni, nak buka bicara pun kena saya ajar ka? Kena bagi contoh gak? Baikla.
" Eh, awak sakit kaki ke? Ala, apsal nek motosikal? Lagi bahaya . Jom saya offer tolong hantarkan balik rumah. Kita naik kereta peronda polis. Siap pasang siren lagi. Laju sikit sampai rumah. Dan selamat" haa..kan terbaik sikit gitu. Lagipun saya kan lemah sikit dengan orang yang berpakaian seragam, kemas dan smart ni. hahaha.

p/s : tadi berlaku perlanggaran tak kenyal dengan player team lawan. Lutut rasanya sudah teralih 0.5 degree. Sudah mula membengkak dan membiru, esok lusa mesti kena mengengsot ni nak bergerak. Maaf.Gamba tak dapat nak di siarkan demi menjaga maruah diri si lutut yang kian jatuh harga diri sebab selalu injured situ.haha

Comments

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM

Happy Gawai, Folks.