Sekarang telefon ku adalah jam

Pagi tadi jaga-jaga dari tido tengok hp Maxis, nak cek sudah pukul berapa. Tengok screen ada paparan " two text messages received ". Excited. Jarang-jarang sudah ada text disini. Pagi-pagi lagi tu. Sepakah orangnya. Kot-kot la dapat text " Good morning, sayang. I miss you so much. Muah. Muah" ke..

Bukak-bukak ja text, tengok dari maxis. Dua-dua lagi tu.Terus hampa, rasa nak tido balik. haha. Salah satu text merapu benda apa ntah malas nak baca sampai habis, satu lagi miss call notification. Tengok time dalam pukul 8pm semalam. Ni mesti gara-gara line maxis hampeh sikit di rumah. Maaflah. Kesulitan untuk menghubungi saya amat dikesali. Satu hal lagi tepon ni, apa ntah masalah, nama orang mesti tak kuar. So tak tau no. sapa. Ada konflik rumah tangga kot antara phone book tepon dengan tepon. Terpaksa saya cek satu-satu. Cek punya cek rupa-rupanya no tepon Cik Wani futsal.

Uiks. Wani kol. Pelik. Jika bukan kes rindu mesti kes penting.
Saya pun text beliau.

"Wani, selamat pagi.mu kol aku ke semalam? Sori la. Line xclear. hehe. Ni no dg sy. Kalau ada benda penting, kol la balik nanti2. Take care. hehe"

Jap ja pastu, bunyi mesej masuk. Laju tol dia reply.

"sape ni?"

Aku pun laju ja reply balik.

" Princess MEL yg cantik lagi bergaya dan penuh sopan santun"

Dia pun reply lagi.

"Princess Frog! Ala, semalam besday aku, dapat free kol. Hari ni dah tak free la. hehe"

Haa..Padan muka. Kan dah free-free sedap je kena katak ngan Wani. Sapa suruh buat lawak bodoh time mamai pagi-pagi. Wani ni saje kot nak cakap dia birthday, pastu kaber dengan call free.haha.oops. Dah la aku siyes tak hengat. FB pun deactivate. Entah brapa ramai manusia dah aku tak wish birthday. Maaflah..

"Hehe. Selamat hari jadi! Maaf la terputus hubungan. FB deactivate gak. hehe"

" Takpe2. Small matter..Tido la. Awal lagi ni"

*tabik. Nasib baik ko memang memahami la. haha.



Ni yang rasa nak activate balik FB.

Mafia pun dah rindu saya.

Comments

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM

Happy Gawai, Folks.