Interbiu #part 2

Tadi sesi interbiu saya datang awal jek. Dalam pukul 8 saya sampai. Cek-cek ada 5 orang camtu interbiu. Saya ingin berkongsi pengalaman saya interbiu. Yela, untuk panduan kamu di masa akan datang. Pada mulanya, mereka suruh isi borang. Borang application. Lepas tu kamu duduk exam. Kan saya cakap dah saya pun ada final juga.haha. Personality profiling test nama test itu. Kena buat dalam 20 minit. Ala, senang ja. Tak payah sebok-sebok nak ulangkaji, nak bawa kalkulator,nak hafal text dan rumus k..

Pastu tunggu lah giliran. Tadi ada 5 orang calon interbiu. Saya sorang perempuan lagi tu. Haish. Dah tu saya paling last. Bertambah2 tempoh kenebesan. Dekat tengah hari baru saya setel. Sedangkan sesi interbiu tu kejap ja, dalam 15-20 minit ja pun. Tunggu ja lama.Tahi. Berikut merupakan antara soalan-soalan interviewer.

1) Tell me about yourself.
Owh..saya ni sebenarnya anak raja dari seberang. Hari tu, saya belajar berenang. Berenang punya berenang, tak sangka pula jauh sudah saya berenang dari tempat asal. Teruslah sampai ke sini. Saya ni sebenarnya princess, kalau boleh, nak cari prince lah. ada tak kat sini?

2)Tell us about your weakness.
Ala..kalau cakap nanti kan kantoi kelemahan saya ni. Saya lemah apabila gelak melampau. Apabila gelak melampau, mata saya akan ter otomatis mengeluarkan cecair. Selain itu, saya juga lemah pundi kencing. Jika gelak melampau, tiba-tiba rasa basah basah spender. Terkencing sikit sikit kot, oi..bukan berahi. Ala..kan dah tercakap kelemahan saya.huuhu

3) Tell me about your strength.
Hurmm..jika dibandingkan dengan kuasa kuda, tak boleh kot. Saya bukan kuda. Tapi jika saya, lari, saya pasti kuda tu lagi laju. Untuk mengukur kekuatan, saya kena angkat kuda tu. Nanti awak bajet la sendiri. Tengok, agak-agak berapa kekuatan saya. Ada sediakan kuda tak ni?

4) What skills do you have that make you suitable for this job?
Owh. Saya ada kelebihan istimewa. Saya boleh mendengar orang di sebelah saya berbisik. Saya rasa ini merupakan kelebihan untuk saya supaya saya boleh tahu, sama ada mereka mengutuk saya ataupun tidak. Selain itu, saya rasa dan saya percaya, saya boleh menggerakkan barang dengan menggunakan minda sahaja. Saya dah cuba banyak kali. Tapi setakat ini belum berjaya lagi la..

5) What is your expected salary?
Hurrmm..nak request dalam 50 jongkong emas boleh tak?

Selesai sesi interbiu, lega ah dah setel.haha. Do i get the job or not? Tak tahu. Mereka cakap, suruh tunggu ja reply dari diorang. Kalau lepas 2 bulan takda reply, assume tak dapat la tuh. Dapat ka, tak dapat ka, belakang cerita la. Tapi seronok juga pergi interbiu, ada juga la pengalaman sambil menghiasi hari-hari kosong.. hehe.

Pa? Saya buat cerita tipu? Berani betol kamu cakap macam tu. Nak bukti juga? Cis. Baiklah, saya bagi bukti.



Weyy..ni perli ka apa ni?

Comments

  1. ..bakpo encik?..ahahaha..mel, hg cm calon terbaek tuk aku admitkan kat wad 5 r mel..nak?..kbetulan aku posting wad 5 nie -psychiatric-

    ReplyDelete
  2. encik mel?hahahhaa...patot la tbe2 hang sorang ja pompuan.dia silap jntina rupanyaa..haha..
    lg satu, sy rasa kakak yg kol utk interbiu tu dok gelak2 bkn pa tau,dia ingat laki..aleh2 kol suara pompuan plakk..hahaha~

    ReplyDelete
  3. lunar wolf : agak2 ward 5 ade sediakan makanan sedap tak? kalau makanan sedap aku tak kesah. boleh je..ngee...

    ika : tak tahu la. dia dengki kot. ke dia ada baca blog saya, sy suka panggil orang encek2 ni.haha. kan dah terkena balik.haha

    ReplyDelete
  4. mun ko jwb cmya ng kompom nya ambk ko keja!!! tahniah utk awakkkk!!

    TAHNIAH, ENCIK MELODY!!!

    ReplyDelete
  5. makseh. mun ku jawab gia, sah-sah dah la kuar headline metro esok harinya.haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM

Happy Gawai, Folks.