Interbiu #Part 1

Hari ini saya bangun sangatlah awal. Jam 5.30 pagi lagi. Kalah adik saya yang nak pegi sekolah. Matahari pun tak muncul lagi. Saya bangun awal sangat-sangat ni sebab ada interbiu nak attend jam 8.30 pagi. Yela, nak tumpang pakcik nak pergi keja, pastu nak gerak awal lagi sebab nak elak trepik jem dari Bau sampai ke Kuching. Dalam keta, saya dah tertido-tido. Maklum la, tak besa bangun-bangun awal ni.

Pada awal nya tiada la kenebesan dalam diri, walaupun malam tadi sebelum tido nebes pulak bila pikir esoknya ada interbiu. Tapi dengan bantuan ubat yang dimakan (ya, saya kurang sehat buat masa ini), saya pun tersangatlah mengatok dan tertidur dengan jayanya. Tapi tadi masa tunggu kena panggil interbiu, kaki ni terasa bergoyang-goyang dengan sendiri tanda nebes di luar kawalan. bongok. Sebelum itu saya ingin bercerita kisah saya mendapat panggilan telepon untuk interbiu ini.

" Boleh saya bercakap dengan Cik Mel yang comel?"

" Ya, bercakap."

" Cik ada apply kerja di XXX Cooperation ka?"

" Ya, ada-ada"

" Sebelum tu, saya nak tanya, cik terima tak tawaran ni?"

Disebabkan tiada lagi kerja tetap maka saya dengan automatik nya menjawab
" Ok.Ok. Boleh. Boleh"

" Ok. Owh, tapi maaf ye cik, sebenarnya resume cik ni tak lengkap"

" Oh, ya ka. Apa yang tak lengkap?"

" Cik tak bagi salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang berkaitan."

" Owh..yaka..saya kena hantar ka ni?"

" Ha'ah..err..sebenarnya resume cik ni tak berapa baik. Ni first time ke hantar resume?"

" Ha'ah"

" owh...hahaha..takpa2. Kita orang stil consider so, sila faxkan salinan dokumen kepada kami atau hantarkan sendiri ke pejabat kami secepat mungkin"
aii..sedap ja dia gelakkan orang dalam tepon.

Tiba-tiba teringat, saya tak ingat pun apply post apa. Lepas tu tak ingat pulak job description.

" Err..leh tak saya hantar esok?"

" Hari ini tak leh ka? Saya nak secepat mungkin. Sebab nak bagi bos tengok"

" Ump..esokla. Hari ini susah sikit. Tak pun nanti saya call balik"

" Okay, baiklah. Bila dah fax, awak kol saya balik k. Terima kasih"

" Terima kasih. Sama-sama."
disebabkan blur dan tengah bongok, saya pun jawab sukati. Ada ka patut, orang cakap terima kasih, jawab terima kasih balik. Jawab lah sama-sama. Bangang. Ni siap jawab terima kasih dengan sama-sama sekali. 2 in 1 betol. Terbaik lah.

Malam tu pikir punya pikir, dah la saya tak ingat jawatan apa saya apply. Tadi cakap nak hantar dokumen esoknya, bukan apa. Sebab nak cek dulu post apa saya apply dalam rekod. Sebab banyak sangat benda apply, tak ingat dah. Cari punya cari, tak jumpa pulak. Haish. Jawatan apa ntah. Pastu tak ingat job description, keja kena buat apa suma tak tau. Pikir-pikir punya pikir, takkan nak memperbodohkan diri pergi interview kerja yang tak tau. Tak pasal-pasal kena sound pulak nanti, di samping teringat lagi gelak tawa ntah cik ka puan yang call semalamnya. So, saya pun decide nak menolak tawaran tersebut.

Esok nya saya kol balik, awal-awal pagi lagi.

" Helo, saya Cik Mel yang comel yang cik/puan call semalam ni"

" Haa..ya..ya..Cik mel yang comel. Cik mel, boleh tak cakap perlahan sikit? Jangan la nebes dan jangan cakap laju sangat. hehehe..So awak dah hantar dokumen?"
alaa..dia gelak lagi.kantoi sangat ka saya nebes.cis.


" Err..belum hantar lagi. Err..Sebenarnya saya ingat nak tolak tawaran ni.."

" Alaa..kenapa pulak?"

" Errrr...."

" Kami still consider awak. Takpa just datang ja interbiu nanti, nanti awak decide la. Tak payah takut. Hantar ja dokumen yang saya minta tu dulu.."

" Ump..."

" Takpa..awak hantar ja. Dah fax nanti call saya balik k.."

" Err...ok ok.."

Haish. Cik puan ni suka betol mengkantoikan saya. Adeh.

Ingin tahu apa terjadi dengan sesi interbiu cik Mel yang comel?
Adakah beliau berjaya menjalani sesi interbiu tersebut dengan jayanya?
Nanti kemunculan kisah interbiu Cik Mel di episode dua tak lama lagi!

Comments

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM

Happy Gawai, Folks.