Benda Sangat kewl yang buat saya kagum lagi gumbira

1. Design Tapak Kasut yang damn cool

Dulu-dulu, saya ingat lagi. Zaman sekolah budak-budak suka lari laju-laju lepas tu lompat tinggi sepak dinding. Sebab nak buat cop kasut sapa paling tinggi kat dinding sekolah. Lepas tu kantoi dengan cikgu, tak pasal-pasal kena berdiri tengah panas tanpa kasut. Kalau tapak kasut ni time tu, mesti sangat stail. Siap cikgu tu suruh tempek lagi kot tapak kasut banyak-banyak nak suruh hias dinding.


2. Silver and gold Yang cool

Dulu-dulu, saya suka makan satu coklat ni, bulat kaler gold,konon-konon syiling emas. Beli banyak-banyak, sebab mengada nak pakai duit tu main jual-jual. Haa..yang ni lagi best dowh. spray silver and gold yang boleh dimakan. Sangat kool dan boleh digunakan untuk tujuan bongkak dan show off dengan kawan-kawan serta jiran sebelah rumah konon-konon kamu adalah banyak jongkong emas dan perak. Spray je..saya pon ada emas. Kamu ada apa?

3. Apa? Lupa bawa colgate? Mo Man tai!

Haa..dulu saya selalu imagine ada berus gigi yang boleh mengeluarkan ubat gigi dengan sendiri. So, kalau travelling, tak payah la susah-susah nak bawak berus gigi dengan ubat gigi. Tekan ja satu butang dekat berus gigi tu, terus keluar ubat gigi dan boleh la berus gigi dengan senang hati.haha. Tak pernah pulak terpikir berus gigi dibawah lagi cool! Tak payah la ubat gigi suma, pakai power solar je weh!



4. Apa kelas Sticky post kat peti sejuk!


Tak payah dah susah-susah nak tampal notis " Saya keluar. Makanan sila buat sendiri. Yang original, ~Mel yang kureng~" guna magnet asing. Ataupun nak pakai notis ada pelekat nak bagitau " Juice sudah habis!". Atau pun guna ABC budak baru belajar yang ada magnet tu nak perli kawan " Juice habis? Asyik aku je yang beli..". Haa..fridge ni tak payah susah-susah dah wey. Nak jadi whiteboard ajar anak buat kerja rumah pun boley..


5. Tilam untuk orang malas nak lipat selimut


Haa..sapa selalu bangun tido, pastu malas-malas nak lipat selimut? Pastu selalu ja pikir, apasal perlu nak lipat selimut? Nanti malam pun kena pakai juga..baik biar ja..haa..untuk golongan-golongan (saya) ini. Ini tilam baik punya untuk anda. Tak dah lipat-lipat selimut. Zip ja. Sembunyi segala harta karun anda..just zip it.
6. Tak payah sakit badan angkat kotak.

Haish. Kat mana ada jual binatang ni. Saya nak beli weh. Dulu time dah nak abis sem, gila payah nak angkut barang. Encik Dayah! Ingat tak dulu saya mintak tolong suruh angkut barang saya yang saya nak pos? Sampai sakit-sakit pinggang lagi. Kalau ada ni time tu, payah la susah-susah nak sakitkan badan. haha


7. Basketball untuk orang gila game ni

Dayah....sekali lagi.haha. Ingat tak dulu kita suka pergi arcade games kat mall gara-gara nak celen point sapa banyak shoot basketball? haha. nah..ini home version punya. hahaha

8. Tak payah risau Remote control hilang lagi

Saya selalu ja tercari-cari remote di rumah. Kadang-kadang jumpa di dapur, celah-celah kusyen tak pun di bawah badan adik yang sedang tidur. Haa..remote control yang ni best syiok..Boleh guna golek-golek lagi.


9. No need grading


Yang ni saya nak dedicate pada cikgu-cikgu mahupun lecturer sekalian. Sekarang kan zaman facebook. Tak payah dah bagi Grade A+ untuk karangan terbaik. cop je 'like'


10. Kan senang hidup

First of all, tiada niat nak lucah-lucah. Tapi memang kool lah. Kan senang nak bukak-bukak. Tiada lagi masalah spender bergulung-gulung.

Oi... dah la tu! Tenung lama-lama plak dia. Ketumbit mata nanti!


p/s : Krismas pun tak lama lagi. Birthday pun tak lama lagi. Tak tau lagi ke hint nak bagi hadiah apa?

Comments

  1. cool! suka yg bed dgn selimut zip tu! sesuwai dgn saya! anyway, ramai btul nama saya kena tag. haha.. kotak oh kotak. sampai nak tercabut pinggang. and that basketball arcade is damn cool! nak 1!! haha..

    the last pic tu..eh, apsal idung kuar darah ni?? haha

    ReplyDelete
  2. ..arghhhh..mata aku ketumbit lagi!!..aishhhhh!!!..bru ja sembuh aritue..

    ReplyDelete
  3. daniey : haha. bed itu memang kewl. tag banyak ke? 2 je.haha. tengok benda kewl tu teringat benda bongok kita wat. mmg takley blah.haha
    haish..kan dah cakap jgn tenung lama-lama..kan dah berdarah idung.hahaha

    lunarwolf : saya dah warning dah jgn tenung lama. ok ar, ko takde berdarah idung. daya tahan tinggi lagi dari org kat atas ni kot. hahaha

    ReplyDelete
  4. ..org atas tue mmg!!..pantang nmpk, tenung bagai nak rak..itu baru bdarah idung..kalu jatuh idung trus..xtau r~..ahahaha

    ReplyDelete
  5. ah..tgk kejap je..tiba2 meleleh keluaq.. xleh control lagi tu..hahaha.. jeles ar tu idung aku leh kuar darah..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM

Happy Gawai, Folks.