Ada Apa Dengan 15 November?

Kejadian 1

Tadi saya pergi jalan-jalan cuci mata. Nak beli barang, tak mampu. Duit tengah tak ada. Jalan punya jalan...

"~~Silent night, Holy Night..~~"

.. Jalan-jalan lagi sambil belek-belek barang

"~~ Jingle Bell, Jinggle Bell, Jinggle all the way~~"

Aiks..Sudah December ka dah kuar lagu-lagu krismas? Saya pun panik kejap, biar bena laju betol dah december. Dah la saya selalu tak ingat tarikh dah sejak kebelakangan ni. Cepat-cepat saya keluarkan handphone dari pocket. Terus saya cek kalendar. Tengok-tengok tarikh hari ni 15 November. Ceh..awal lagi. Ingat dah nak krismas. Awal gila lagu krismas dah keluar. Hari Raya Haji pun tak lepas lagi. Buat saspen, naseb baik saya cek kalendar. Kalau tak, mesti tadi cepat-cepat saya balik rumah pasang pokok krismas.

Kejadian 2

*Beep...Beep

"One text message received"

Buka sms, nombor tak kenal.

"Dear, happy anniversary......."

Huh. Sepakah gerangan. Try cek no sapa, tak tau. Sekali lagi, cek kalendar tepon. 15 november. Termenung jap. Try ingat-ingat balik, memori-memori lalu..ada apa-apa yang special ka dengan tarikh ni. Kalau spesel, tak mungkin saya lupa. Ada sapa-sapa birthday ka.. Macam tiada.

Ka saya dulu-dulu TERkahwin pada tarikh ni, pastu hilang ingatan, ni husband text konon-konon romantik la..ai, mula dah saya buat spekulasi yang bukan-bukan.

Haish..babun mana pulak sesat hantar mesej ni.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jiran sebelah rumah

Oh kad ATM

Happy Gawai, Folks.