Posts

Showing posts from October, 2010

Girls With Balls

Ok. Sudahlah tu nak pikir bukan-bukan.Tajuk sekadar hiasan, bukan merujuk kepada transgender mahupun wanita yang memiliki bebola.Tidak. Saya ingin mengupas kulit oren perihal orang yang selalu pelik atau buat muka (tak kesah la muka jenis apa, bulat, bujur mahupun segi empat sama) bila tengok perempuan bermain sukan yang bukan dikategorikan untuk perempuan. Haish..ini masalah bila ada perception mindset yang kureng. Bila certain-certain orang sudah set dalam kepala otak certain-certain game adalah untuk lelaki dan perempuan. Contoh paling senang , main bola lah.
Kalau ada perempuan main, mesti ada ja yang pandang serong. Apa masalahnya? Ada lah suara-suara sumbang seperti " oi, tak payah la main bola, main bola jaring sudah lah."

Macam malam tadi saya main futsal dengan kawan-kawan, pakai jersey liverpool. Saya tau la court futsal tu confirm-confirm lah dibanjiri oleh budak-budak laki main futsal. Main saja sudahlah, tak payah nak sebok nak kacau orang. Tapi boleh pulak dia bu…

Main-main mata

Image
Sedang komen post si Step, keluar word verification ini.





Huh? Berzina?

Kelip-kelip mata. 2-3 kali.

Ler... Bergiza la. Baru ja terhenti jantung 2 saat.

Otak kuning betol.



I blamed yesterday's coffee.


Mari cari perbezaan

Image
Spot it?
pictures taken from here and here.

I need hugs.

"aku mok jadi kedak kau..."

" Pahal mok jadi aku ndah?"

"Entah..ko ilek jak lam suma benda"

"huh?"

" Aku tok. Macam-macam masalah. Ko tauk lah nak. Family. Stadi. Duit."

" Aih..besa lah ya. Suma orang ada masalah bah"

" Sik la. Kedak kau. Bukannya ada benda masalah-masalah tok"



Hue :'(

Yeah. I'm a clown. I put a fake smile and hide my emotions and feelings.
I'm secretive. But there are reasons....

Cerita Kopi, Milo dan Susu

Tadi check bekas milo sudah habis. Tuduh adik abiskan milo. Habislah. Nak bekpes apa ni. Nampak susu Nespray, tapi sat g mesti sambung golek-golek sebab mengantok. Ada kopi. Tapi nanti kompom-kompom mata segar bugar pastu pening kepala. No choice. Terpaksa jugak rembat sepaket kopi 3 in 1. Saya tabur separuh paket kopi kedalam cawan. Gaul-gaul jap bagi sebati macam buat sup. Tengok macam pekat semacam ja air. Tambah air lagi bagi kurang sikit rasa kopi. Dah suam-suam, saya teguk sampai habis. Tak lama lepas tu, terus rasa pening-pening kepala. Kepala terasa berat sambil rasa urat-urat di kepala sudah timbul. Adoh. So not a coffee person. Terus rindu dekat Milo.

Saya sudah hidup dengan Milo selama 22 tahun. Eh, memandai ja. Takkan lahir-lahir terus teguk milo kot. Tolak tempoh menyusu susu badan dan botol, dan dibundarkan tempoh kepada puluh yang terdekat, maka lebih kurang 20 tahun lah saya bersama dengan milo. So, kalau saya order air milo kat kedai, pastu order sampai, dengan air yan…

Chikorita itu Pokemon bukan pemain M.U.

Image
Dulu-dulu, saya suka Pokemon. Semua 300 ekor pokemon saya kenal suma nama, siap kumpul lagi trading card dorang. CD cerita pokemon saya beli, game pokemon saya main. Pokemon Yellow la, Red la, Silver la macam-macam lah. Dulu beli Gameboy tu pun gara-gara nak main Pokemon semata-mata. Agak gila la saya fanatik pokemon. Tapi dah tu pokemon ada world 2 dan selanjutnya dah tak kenal dah pokemon-pokemon itu dah terlampau banyak dan complicated. Lagipun saya dah tak tengok cerita tu tak tau dah jadi apa.

Ada suatu ketika itu, seperti biasa perbualan di rumah time weekend mesti berkisar tentang game bola bersama pakcik-pakcik sekalian. Pak cik si kipas Man U mengutarakan satu soalan terbaik. " Man U menangkan malam tadi? Sapa score?" Saya dengan konfiden miden nya menjawab dengan penuh bergaya " Chichorita!" Kendengaran gelak tawa kazen kecik lepas dengar jawapan saya. Kazen kecik gelak-gelak sambil cakap " Apala, Chicharito tu yang score, chikorita tu pokemon lah&quo…

Pengakuan Pusak

Image
PENGUMUMAN!

Sekiranya terdapat entri sebelum ini yang mengganggu jiwa dan raga anda hasil nukilan pusak saya, saya telah soal siasat pusak saya, dan dia telah mengaku melakukan kesalahan tersebut semasa saya meninggalkan laptop terbuka bersendirian. Berdasarkan darjah kesalahan yang telah pusak saya lakukan, saya dengan ini menjatuhkan hukuman tiada sardin apatah lagi nak whiskers selama sebulan. Tengok tv, online, sms pun semua ditarik balik. Balik rumah tepat pukul 6pm, lewat dari tu tido luar. Wang saku terpaksa dipotong sebanyak 5% buat sementara waktu tapi mungkin dikembalikan kepada keadaaan asal sekiranya berkelakuan baik.

Pusak saya menangis teresak-esak selepas mendengar
hukuman dijatuhkan terhadap beliau .

Pusak jantan sebelah rumah tetap berlagak macho walaupun telah
berjaya dikantoi perbuatannya kerana meniduri pusak saya.


Pusak jantan sebelah rumah melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam sambil diperhatikan pusak Jr. saya yang berkaler brown.


Kedua-dua pusak saya menang…

I may not be the holiest

Seperti biasa, hari ahad ku dimulakan dengan bangun awal. Mandi air sejuk-sejuk sampai gegar-gegar badan. Sebab aku nak pegi church.

Di fast fowardkan terus ke situasi saya tiba di church. Aku tengah buat opening prayer, aku perasan ada budak dua orang, sitting a few row in front of me. Asyik tengok blakang. "Oi..tengok la depan" kata aku dalam hati. Tapi still dorang toleh-toleh belakang, rasa-rasa macam dorang tengah kutuk aku ja, tapi aku buat-buat kewl. Aku duduk senyap-senyap, stil, budak-budak buat aku rasa annoying.

Tiba masa budak-budak pergi children's liturgy. Ramai budak-budak berkumpul. Aku pun rasa nak pergi sebab saya pun budak-budak kan. eh, bukan ka? Masa budak-budak berkumpul, makin ramai toleh-toleh kat saya. Mula rasa semacam. Saya raba-raba zip seluar. Kot-kot la terbuka. Tak pulak. Pehal ntah budak-budak ni.

Adik di sebelah menyiku saya sambil berkata "Pa kes miak mala jak nangga-nangga ko?"
Lantas ku menjawab " ney ku tauk, ku kacak kot.&…

buku lama, buku baru.

Image
Hari ini saya berjaya menabur khidmat bakti menolong mak cik saya kemas rumah beliau. Wow. Saya pun kagum. Wow. Saya mengemas? Double wow.

Banyak betol buku. Rasa tak guna ja pun buku-buku tu. Nampak sangat dah berkurun, buku-buku sudah menukar kaler kepada kekuning-kuningan. Sampai saya siap suggest lagi dengan mak cik " Buang jak lah buku-buku ni" tak pasal-pasal kena sound " Oi..dari buku ni lah dapat ilmu, mana boleh buang-buang sukati" Haa..padan muka kamu bagi lagi cadangan kurang bernas. Tapi betol apa, bukan nak pakai pun buku-buku. Siyes dah lama, tapi yala, mak cik saya ni sangat simpan buku-buku tu biarlah dia simpan. woi kamu, jangan cakap lebih-lebih. Tugas kamu adalah mengemas. Mengemas, ok?

Baiklah. Saya pun mengemas lah buku-buku itu. Keluarkan dari rak, tengok-tengok mana yang rasa berguna lagi nak di simpan. Lepas tu susun elok-elok. Wah. Dah rasa macam librarian pulak. Agak-agak kerja ni beloh dimasukkan dalam resume tak? Susun-susun buku dengan pe…

Diary Pusak Saya

Miaow! (saya bermaksud hai).

Saya ingin bercerita pasal tuan saya.Tuan saya sorang ni sudah lama tak ada di rumah, tapi sejak beberapa bulan ni setiap masa dia ada. Saya pun tidak tahu kenapalah, tak penting pun untuk saya tahu. Kadang-kadang saya suka tuan saya ni, kadang-kadang saya tidak suka.

Saya suka kalau dia bagi makan dekat saya. Selalunya dia bagi makan sisa-sisa makanan saja. Jangan harap lah dia nak bagi whiskers.Tolonglah. tengok muka tuan saya tu pun saya tau dia tak ada duit. Tapi, dia selalu beli sardin untuk saya. Saya tau lah kamu tak mampu nak beli whiskers.Sardin pun dia beli brand paling murah tau. Kalau ada yang dah nak expired, tokey cina jual murah-murah yang tu jugak lah dia rembat. Tapi sedap jugaklah. Tak kisah pun. Ish. kena bersyukur sikit. At least tuan saya ni sanggup beli sardin untuk saya walaupun duit dia ciput. Banyak lagi pusak jalanan yang tak ada makanan, rumah, keluarga macam saya kan.

Saya tak suka kalau tuan saya ni, saya miaow-miaow dekat dia tan…

Hari sudah gelap, cepat masuk rumah

Sekarang pukul 5.35 pm jam aku. Gelap. Awal kan gelap? Kedengaran dentuman guruh-guruh dari jauh. Dan bunyi semakin dekat. Daun-daun berterbangan. Membuktikan angin sedang bertiup. bukan slow-slow tapi kuat. Sementara itu, lampu jalan sedang tertipu. Selalunya beliau akan on secara automatik bila hari gelap. selalunya antara pukul 6.30-7pm baru beliau menyala. tapi hari ini beliau bernyala awal. Sah la beliau ni tak ada jam, dia punya task, asal gelap ja mesti on. Burung-burung pun tertipu. Semua balik sarang cepat-cepat. Mungkin mereka pun ingat hari dah malam. Ataupun mereka elak dari basah kuyup.

Wah. guruh. Dan mengapakah aku masih membuka laptop aku (adik) ni?
Bye. Terpaksa berhenti di sini atas sebab-sebab keselamatan.

Angin kuat tiada hujan

Angin sepoi-sepoi bahasa? Tidak. Ini angin kencang. Bunyi sedikit menakutkan. Sudah beberapa minit berlalu. Tapi tiada hujan. Hari panas siang tadi, sekarang sudah sejuk sangat.
Masih angin kencang. Memberanikan diri menjenguk keluar walaupun gelap di luar sana. Nampak pokok bergoyang-goyang agak ganas. Aku expect mesti hujan kejap lagi.
Masih. Angin kencang. Tiada hujan, guruh dan kilat. Angin sahaja bermain-main.
Mungkin akan hujan lebat sekejap lagi. Sementara itu aku perlu tutup laptop. Tak elok time-time begini. Dan juga aku perlu mencukupkan waktu tidur untuk memastikan tumbesaran yang maksima. Tapi sebelum itu, ada pesanan buat Sang Angin.

Sila Jangan Tumbangkan Pokok Lagi, Ok? Terima kasih.

Selamat malam.

Jika aku dihempap pokok pagi tadi?

"Tok..tok.tok.."

Ketukan ganas di pintu.
Aku dengar. Tapi aku pasti ketukan itu bukan ditujukan kepada aku.

" Oi..bangun.bangun. G sekolah. Dah pukul 5.30am"

Pegi skolah? Bukan aku.Sah. Ketukan itu ditujukan kepada adik aku. Ni mesti kes adik terbabas tido lagi. Tak pun beliau snoozekan alarm beliau. Aku buat-buat tak dengar dan sengaja pejam mata rapat-rapat selain mata sedang digam oleh tahi mata yang menebal..Adik bukak lampu. Sengaja lagi aku pejam mata kuat-kuat, selain menarik selimut sampai ke muka sambil memeluk rabbit biru Si Easter.

zzz...zzz..zz...

"Crash".... (camna ntah nak buat bunyi benda jatuh)
Kedengaran bunyi yang kuat. Tapi kejap ja. Sangat dekat.Macam tanah runtuh. Tapi pikir jap, manada tanah dekat-dekat rumah yang nak runtuh. Ka aku bermimpi? Macam real. Mamai kot. Mengatok. Rasa nak teruskan tidur.

........................

Rasa nak check bunyi apakah itu tadi. Ahh.ignore rasa tido jap. Kena pergi check.
Aku buka tingkap.

Daun-daun hijau.Keli…

Mana sudah pergi itu privasi?

Im at the verge of deleting my facebook account. And maybe, this blog too. But upon thinking, aku kesian pulak dekat kawan-kawan who truly wanna know updates about me.
I dont think people, practically strangers..whom i seriuosly barely know, some are friends of friends of friends, some i met once or others need to know every details about my life, my activities and my thoughts. Somehow come along into my thought is that whats the point to let people know everything you are doing? Are you really want people to know, or you just mau attention? Entahlah. I oso lost focus.

Oh ya, back to the reasons aku melarikan diri dari fesbuk. First of all, Im full of jealousy right now. I know i shoudn't, and i know, envy is one of the greatest sin. But i know that feeling and yes it is jealousy. Aku jeles dengan status-status orang di fesbuk. Whatever it is, whether it is about possession, good life, good work, good job, studies, happiness, wealth, joy and more which make me compare it with myself…

Jalan Simpang 2

Aku mengayuh basikal laju-laju. Sampai terasa lenguh kaki. Nampak simpang jalan bercabang dua. Jalan satu lagi sibuk dengan kenderaan, satu lagi sunyi dan berlubang-lubang tak kena maintain. Aku pun pilih jalan satu g sebab ingat jalan tu bersambung balik ke jalan besar tadi. Sekali kayuh punya kayuh, makin jauh..tak juga jumpa balik jalan besar tadi. Jalan tu punya payah nak berbasikal kat situ sebab jalan tanah.

Akhirnya aku sesat. Tapi aku kayuh-kayuh juga la kat jalan tu sampai aku tiba kat satu bandar yang nampak macam familiar. Familiar sebab aku nampak satu bangunan ni. KOMTAR. Ya, aku di penang. Bapak tak logik. Macam mana entah aku boleh kayuh basikal dari Kuching sampai Penang. Macam mana entah aku merentas Laut China Selatan itu tadi.

..............................
..............................
.............................

mimpi aku malam td. Sila lah interpret kalau terer.

I Miss you

Image
Dear futsal,

I have to write this note because I miss you dearly. You always in my mind, every minute, every second. I always dream about you, I always wondering whether you miss me in return or not. I dreamed of kicking the ball, running...and what i miss of all is scoring. The thrill of celebrating the goal i scored. Seeing people faces congratulating me. Not forgotten, the relieve and happiness when winning a tournament..miss you so much.

xoxo,
Kasut Umbro, Nike-Tiempo kaler Cream & PUMA.


Dear UMBRO, NIKE, & PUMA yg dah buruk,

Ini mesti kes bosan. Apa korang ingat aku rindu ka kat korang? Pegi la lepak2 kat situ, menyebok ja! Sudah-sudahla tu bermimpi tak ingat. Rindu2 plak dia, geli betol. huh!Ngegeh sungguh...

pqpq,FUTSAL yang kewl.

Hahaha. Ya saya tau. Di atas ni memang kes merapu, tapi saya tak menolak hakikat rindu kat futsal itu. So, yang ni saya nak cerita sikit my dream team. So, basically after 3 years playing futsal for USM, and 2 years as the Captain (if i'm not mis…

Saja taip-taip

Aku tak tau apa nak cerita, tapi rasa nak menaip..so taip jela apa-apa yang terlintas lam kepala ni.

Pertama sekali, aku berjaya meng'update'kan diri dengan siri-siri latest drama series yang aku tengok. Selepas season yang terdahulu dah lama dah abis, tengok latest season tiba-tiba tak ingat plak dah berhenti takat mana. So bila tengok season baru rasa pelik plak bila tengok perubahan kat pelakon. Ada yang dah kurus, ada dah makin hensem, ada pelakon baru, ada yang mati..macam-macam lah.

Bila tengok Gossip Girl, Nate Archibald as always good looking. Damon Salvatore of the Vampire Diaries pun begitu. Puckerman of Glee remind me of Chris Daughtry, tapi season baru Mike Chang pula mencuri pandangan. Tu pun lepas ada scene beliau menari nampak bahagian abdomen. haha. Chuck Bartowski ..err..tetap sama selain beliau semakin terer jadi spy dan ingin ditekankan Chuck ini tidak sama dengan Chuck Bass of Gossip Girl. Malas pula nak bercerita pasal Merlin sebab tengok Merlin teringat Ste…